Bengkel Asas ICT & Literasi Digital

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2019 yang lepas telah diadakan Bengkel Asas ICT & Literasi Digital kerjasama Pusat Internet Kampung Quop dengan UNIMAS yang menampilkan peserta daripada Persekutuan PErkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan kampung Sri Arjuna dan kampung sekitar. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman asas mengenai penggunaan computer melalui penggunaan Microsoft Office Words dalam menyediakan kertas kerja dan tugasan sekolah.

Selain itu, bengkel ini juga menyediakan kaedah yang mudah dan cepat dalam mempromosikan produk penuaian tempatan serta perkhidmatan melalui talian dalam penciptaan poster untuk tujuan mempromosikan produk melalui laman sosial. Bengkel ini juga turut membantu memberi idea asas untuk mewujudkan peta minda untuk membolehkan para pelajar memahami pelajarn dengan mudah melalui penggunaan Microsoft Power Point.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali